Sewaktu Theodore Roosevelt menjadi peresiden, beliau menyatakan kalau tujuh puluh lima peratus waktunya beliau betul, beliau pasti akan mencapai cita-citanya yang tinggi itu.
Kalau itulah hasil tertinggi yang boleh diharapkan oleh salah seorang yang paling terkenal dalam abad kedua puluh, lalu bagaimana dengan diri anda dan saya?
kalau anda yakin dapat betul lima puluh lima peratus sahaja dari waktu anda , maka anda pasti akan menjadi seorang jutawan.klu sebanyak itupun tidak dapat anda yakini sendiri, mengapa anda harus mencari kesalahan orang lain?
menyalahkan orang lain boleh dibuat seraca pandangan ,nada suara ataupun gerak geri yang sama berkesan nya dengan menggunakan kata-kata.Dan kalau anda memberitahu bahawa meraeka salah, adakah anda menginginkan agarmereka bersetuju dengan anda? Mungkin tidak.Dan kalau anda memberitahu bahawa mereka bersalah! adakah anda menginginkan agar mereka bersetuju dengan anda? Mungkin tidak. kerana anda telah membuat pukulan secara terus yang menyinggung kebanggaan harga diri kepandaian dan daya pemikiran mereka.Itu hanya akan menyababkan mereka ingin membalas kembali tetapi tetap tidak akan boleh mengubah fikiran mereka . Anda boleh melemparkan hujah yang lpgik daripada plato atau immanuel kant, tetapi anda tidak boleh mengubah pendapat mereka kerana perasaan mereka telah anda lukai.
Jangan seselkali memulai dengan mengatakan "akan saya buktikan kepada mu". Itu adalah suatu sikap yang buruk. Itu sama sahaja dengan mengatakan , "saya lebih baik daripada anda.Saya akan memberitahu sesuatu yang akan mengibah pendapat anda".
ini merupakan suatu cabaran. Ia akan menimbulkan penentangan sebelum anda sempat mengeluarkan pendapat anda. Untuk mengubah fikiran seseorang , walaupun maksudnya sangat baik , ia tetap sukar.Kenapa mesti bersusah payah ? kenapa harus menyusahkan diri anda sendiri?
kalau anda ingin menimbulkan sesuatu , tidak perlu ada orang lain yang mengetahuinya .Lakukan itu tanpa diketahui orang dengan cermat sekali , sehingga tidak seorang pun merasakan bahawa anda akan mengerjakan nya. Alexander pope mengutarakan hal ini dengan jelas sekali."
Friday, March 26, 2010
Sunday, March 21, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)